Sebagai seorang penulis,
menulis adalah perkara mudah kerana ia boleh dibuat tanpa perlu aku berfikir panjang. Tetapi, kali ini sukar pula untuk menulis dalam blog ini kerana setelah sepanjang hari menulis, aku tidak mempunyai apa-apa idea untuk ditulis
.


Aku bukan seorang yang suka menulis, tetapi disebabkan tugasku memerlukan aku untuk menulis,
ia terpaksa dilakukan tanpa perlu berfikir bagaimana untuk melakukannya
.


Mencoret pandangan sendiri dalam blog antara satu perkara yang ingin dilakukan sejak beberapa tahun lalu, termasuk keinginan untuk menulis sebuah buku fiksyen. Semuanya belum lagi kesampaian disebabkan sibuk dengan tugasan lain, biarpun tidak sebegitu sibuk seperti yang disangkakan. Cuma dilengah-lengahkan.
Tidak sangka sudah mencapai bulan Ogos dan setelah mengimbas kembali apa yang berlaku selama ini, adakalanya aku berfikir aku belum mencapai apa-apa lagi. Beberapa kali aku menegaskan kepada diri sendiri bahawa hidup ini bukan sekadar sasaran dan juga pencapaian, tetapi lebih kepada pembelajaran.
Tetapi apabila melihat kejayaan orang lain (apa-apa bentuk kejayaan), hidup yang kita alami ini bagaikan sesuatu yang kosong. Kosong dari segi ia kurang memberikan kepuasan kepada diri. Kosong kerana kenangan hanyalah memori yang dilupakan sekelip mata. Kosong kerana ia tidak memberikan sebarang makna kepada kehidupan ini.
Bagaimanapun, bak kata seorang rakan, hidup ini apa yang kita bentuk. Tanah liat sudah dibekalkan dan kita hanya perlu membentuknya. Bukan mudah untuk menghadapi hidup tanpa sebarang tujuan dan sasaran.
Bagi manusia biasa, mereka hanya hidup dalam keadaan semasa (the present) tetapi gagal untuk grasp gist kepada kehidupan sebenar. Ada yang ingin membina keluarga pada usia yang cukup, dan ada pula yang mengejar kekayaan. Semua itu memberikan kepuasan kepada mereka.
Kepuasan pula sesuatu yang subjektif yang hanya dapat difahami oleh individu yang menyatakannya. Aku belum lagi mengenali makna sebenar (maksud) kepuasan hidup. Dan mungkin belum lagi bersedia untuk menerimanya.
No comments:
Post a Comment